Kalau selalu kuih keria disalut dengan gula biasa, kuih yang kian 'viral' di media sosial ni pula disalut dengan gula Melaka!

Isinya yang lembut dan gebu bertambah sedap dimakan dengan kerak gula Melakanya yang terasa seakan-akan karamel.
Sumber:say.com
resepi


Teringin nak rasa Kuih Keria Gula Melaka ni? Tak susah pun, cuba resipi mudah ni:


Bahan-bahan:

- 500g keledek putih (direbus)
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan air
- 150g gula melaka
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:

1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!

Thanuja Ananthan
Thanuja Ananthan, 26 atau lebih dikenali sebagai Thanuja merupakan model yang memegang gelaran Miss World Malaysia 2009/2010. Kecantikan beliau membuatkan mata anda tidak berkelip kerana sedikit terpaku dengan kejelitaan asli yang dimilikinya. Kehalusan kulit serta tona warna kulit beliau yang nampak halus dan bersih membuatkan beliau benar-benar kelihatan sangat menarik.

Bagaimanapun, dia masih perlu menjaga kecantikannya. Petuanya kata Thanuja, sesibuk mana sekalipun seseorang wanita itu, perkara paling penting yang tidak boleh ditinggalkan adalah tidur tanpa mekap. Thanuja menggunakan “scrub” muka untuk merawat kulit wajah. Selain itu, beliau tidak lupa menggunakan asas produk penjagaan kulit muka seperti pencuci, penyegar, pelembap dan krim pelindung cahaya matahari. Mengenai penjagaan rambut pula, Thanuja menyapu minyak zaitun pada rambutnya yang ikal itu supaya sentiasa kekal sihat.

Tentang amalan tradisional pula, Thanuja berkongsi petua menyapu muka dengan kacang hijau yang dikisar dan di campur dengan air untuk dijadikan “scrub” muka. Selain mengamalkan petua penjagaan muka beliau juga turut mengawal pemakanan, dia turut mengamalkan aktiviti riadah yang sihat seperti senaman yoga pada setiap hari, berenang dan berlari pada hujung minggu.- Mstar

Almy Nadia
“Saya tidak menggunakan banyak produk kecantikan tetapi lebih gemar mengamalkan petua tradisional yang diturunkan oleh ibu saya, Roshiba Hashim, 42 tahun, sejak saya berusia 12 tahun.

“Saya juga menggunakan kunyit dan beras yang dikisar bersama untuk membuat ‘scrub’ badan. Biasanya saya akan lakukan pada hari saya tiada penggambaran kerana badan saya akan menjadi kuning. Khasiatnya adalah melembutkan dan mencerahkan kulit.

“Saya tidak menggunakan banyak produk kecantikan tetapi lebih gemar mengamalkan petua tradisional yang diturunkan oleh ibu saya, Roshiba Hashim, 42 tahun, sejak saya berusia 12 tahun.

“Saya juga menggunakan kunyit dan beras yang dikisar bersama untuk membuat ‘scrub’ badan. Biasanya saya akan lakukan pada hari saya tiada penggambaran kerana badan saya akan menjadi kuning. Khasiatnya adalah melembutkan dan mencerahkan kulit.

Tidak cukup dengan amalan tersebut, dia turut mengamalkan Jamu Mak Dara untuk meningkatkan tenaga. Kata Almy Nadia, jika mengambil jamu, dia perlu pandai imbangkan badan dengan air masak kerana bimbang badannya menjadi panas.
 

Selain itu, dia mengelak daripada terlalu terdedah dengan penghawa dingin. Ini kerana, badan akan menjadi lemah akibat kekurangan air dalam badan. Jadi, Almy Nadia sangat mementingkan untuk meminum banyak air. Dia juga mengelak daripada minuman berais dan berkarbonat. -MStar.

Fasha Sandha
Pelakon cantik penuh kontroversi Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha juga punya kulit yang cantik dan sekata. Dia seorang yang gemarkan makanan jepun yang ala-ala mentah. Katanya baik untuk dalaman dan juga mencantikkan kulit. Selain itu beliau turut makan sejenis ubatan yang dibeli daripada sebuah kedai tabib cina yang diberi nama royal jelly

Rambut Fasha juga sering kelihatan cantik, lebat dan bersinar. Mesti ada rahsia disebaliknya. Memberitahu bahawa beliau akan mencuci rambut bersama syampu sekerap dua hari sekali dan adakalanya akan menggunakan minyak zaitun untuk disapukan pada rambut. Bau minyak zaitun mungkin kurang selesa, namun khasiatnya kepada rambut memang berkesan! 

Zila Bakarin
Seterusnya, kemulusan kulit pelakon seksi Zila Bakarin sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Bukan setakat kulit wajah, malahan kulit badannya juga turut bersinar, cerah, lembut dan gebu. Bertuah sungguh memiliki kulit secantik dan segebu Zila. Sebagi petua mendapatkan kulit yang licin, cantik dan mulus Zila menggunakan rawatan tradisional yang diwarisi daripada ibunya. 
Beliau seringkali mandi bersama lulur susu, tepung beras dan juga santan kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut mampu melembutkan kulit, membuang daki-daki hitam di bahagian dan celah-celah badan yang tersembunyi di samping mencerahkan kulit secara semula jadi. Kadang kala Zila turut mencapurkan bahan–bahan tersebut bersama hirisan kunyit atau limau nipis kerana bahan tersebut juga mempunyai khasiat yang boleh digunapakai untuk menyegar dan mengembalikan keremajaan kulit.

Dato' Siti Nurhaliza
Difahamkan Siti punya cara tersendiri untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Menggunakan tepung pulut yang dicampurkan dengan air lalu dijadikan masker pada muka sebelum tidur. Keesokan harinya barulah dibilas. Selain itu, Siti juga gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur turut  dijadikan masker selama lebih kurang setengah jam, kemudian dibilas.

Norjuma Habib Mohamad
Wanita yang selesa bertudung ini sememangnya seorang yang cantik dan bergaya. Katanya, beliau amat menitikberatkan pengambilan vitamin bagi memastikan luaran dan dalamannya sentiasa sihat dan cergas.

Dididik untuk sentiasa mengambil vitamin selepas bersarapan pagi semenjak zaman kanak-kanaknya lagi, Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang kurangnya dua liter sehari adalah amalan wajib baginya.  Baginya air suam sangat penting bagi menjamin badan sentiasa mempunyai kandungan air yang secukupnya dan kulit tidak menjadi kering akibat kekurangan sumber berkenaan.

Rozita Che Wan
Rahsia Che Ta untuk kekal tampak muda adalah sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, ia akan terserlah pada wajah. Untuk penjagaan rambut, beliau berkongsi, jika mahu elakkan rambut beruban, mandi badan terlebih dahulu, biar badan terasa sejuk kemudian baru basahkan kepala. Che Ta juga mengamalkan sit ups untuk perut kekal kempis.

Ini adalah regim penjagaan kecantikan beliau : siang beliau amalkan penjagaan asas seperti mencuci, menyegar, serum dan krim siang. Malam pula cukup sekadar mencuci, serum dan krim malam. Jika rajin beliau akan memakai peel off mask.-Eh!

Erra Fazira
Rahsia kecantikan kulit Erra adalah kerana menggunakan produk yang sesuai. Menurutnya lagi, pemakanan yang seimbang sangat penting kerana baginya kecantikan bermula dari dalam. Sekiranya badannya sihat, luarannya turut akan sempurna.
Advance Night Repair daripada Estee Lauder merupakan produk kecantikan yang tidak boleh ditinggalkannya. Produk itulah menjadi ‘rahsia’ kepada kulitnya yang cantik dan kekal menawan. -Eh!

Fazura
Fazura mempunyai masalah rambut kering dan bercabang. Perapi tidak cukup untuk rambutnya, jadi beliau menyapu pupur rambut Wella setiap hari supaya rambut lebih ringan. Ini merupakan regim penjagaan kulit wajah Fazura setiap hari: Beliau menggunakan bar Nutox Miracle diikuti serum Bird’s nest. Astringen yang bertindak sebagai penyegar diikuti Solar Block SPF45.

Untuk kulit Fazura mengamalkan pengambilan vitamin C 1000mg diikuti l-glutathione, evening primrose oil dan pil antioksida. Pengambilan vitamin rambut seperti pil herba Shen Min dari GNC atau Hairfinity pula untuk kesihatan rambut.

Beliau mengamalkan diet dengan mengambil hidangan enam kali sehari namun pada kuantiti yang sedikit. Beliau juga mengamalkan minum air panas perahan lemon atau teh hijau setiap pagi dan malam dan mengelak makanan berminyak dan lebihkan makanan yang mempunyai bahan anti oksida. Eh!


Lisa Surihani
Kecantikan semestinya bermula daripada dalaman. Justeru, penjagaan oral adalah penting di mana ia mengelakkan penyakit dan memberi keyakinan ketika di khalayak ramai. Lisa sentiasa memberus gigi, flos dan juga menggunakan cecair kumur untuk nafas segar dan bersih. Lisa mengaku beliau tidak begitu suka mengenakan solekan, melainkan ketika menghadiri majlis anugerah atau formal. Untuk hari-hari biasa, beliau hanya menggunakan krim CC untuk melindungi kulit daripada panahan cahaya matahari. Selain itu, olesan nipis maskara dan gincu sudah memadai. Eh!

MARI themes

Powered by Blogger.