ATASI BATUK KERING PADA ANAK CARA NATURAL/ ALAMI
,
Keibubapaan
,
petua batuk kering
,
sup ayam dan batuk
,
tips batuk kering
ATASI BATUK KERING PADA ANAK CARA NATURAL/ ALAMI
Runsing dan kasihan kan apabila anak-anak tidak sihat. Batuk sering menyerang anak-anak, samaada batuk berkahak atau batuk kering. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak selesa dan merengek, apatah lagi jenis batuknya adalah batuk kering. Batuk kering pada dasarnya akan bertambah parah ketika cuaca sedang panas. Namun, ibu-ibu tak perlu bimbang, ibu-ibu boleh mencuba empat cara alami yang boleh dilakukan untuk mengatasi batuk kering pada anak.
1 ) Banyakkan minum air kosong
Batuk kering akan membuat kerongkong si kecil menjadi sakit.
Jadi perbanyakkan minum air kosong(putih) agar dapat melegakan kerongkong anak yang perih dan kering akibat batuk yang berterusan.
2) Makan Sup Ayam
Tahukah anda sup ayam bagus untuk merawat batuk? Seorang profesor dari University of California, David Becker, MD, mengatakan bahawa sup ayam yang dicampurkan dengan bawang putih dapat mencegah virus akibat batuk. Maka, ibu-ibu boleh lebihkan bawang putih dalam masakan sup tadi. Anak akan merasa lebih merasa lebih segar dan sihat setelah makan sup tersebut.
BACA : Misi Kurus 14 Hari -----> Gaya Enot
3) Wap dengan air panas
Menguapkan air hangat kepada anak yang sedang batuk dipercayai dapat membantu melegakan saluran pernafasan yang tersumbat akibat batuk. Ibu-ibu boleh menghidupkan shower air panas untuk menghasilkan wap air, kemudian ajak si kecil masuk ke dalam bilik mandi dan tutup pintunya.
Biarkan ia menghirup wap air hangat selama beberapa minit. Selain itu, ibu juga boleh merendamkan anak dalam tab mandian dengan air hangat(suam) dan bersama hirisan lemon biarkan anak-anak berendam seketika, kemudian mandi seperti biasa.
4) Madu
Kandungan yang terdapat pada madu adalah sama efektifnya dengan dextromethorphan yang biasa terdapat dalam kandungan ubat batuk. Akan tetapi, awas ya..perlu ibu ketahui untuk tidak memberikan madu kepada anak di bawah usia 1 tahun kerana ususnya belum berkembang dengan sempurna.
Batuk umumnya disebabkan oleh infeksi virus dan tidak memerlukan antibiotik, kecuali pada kondisi tertentu atas nasihat doktor.
Jika si kecil anda tidak mengalami apa-apa perubahan positif setelah melakukan cara alami di atas segeralah bawa anak-anak anda untuk pemeriksaan lanjutan di klinik ataupun hospital terdekat.
BACA : Misi Kurus 14 Hari ----> Gaya ENOT