TIPS KURUS secara semulajadi...Tanpa Pembedahan.
5
Tips Kurus yang memang menjimatkan kos..tak perlu pikir pasal pembedahan
or nak makan pil kurus..cuba tips ini dulu kay...check it out..
Pertama
Senaman
~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit,
sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan
secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan
perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…
Kedua
Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur
dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus
anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus
menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan
gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah.
Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren,
limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk
mereka yang sedang berdiet…
Ketiga
Kurangkan
Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti
yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan
mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya
sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba
kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan
juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet
anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran.
Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut
anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan
berjalan dengan lancar.
Misi Kurus Seawal 14 hari ----> Gaya Enot
Keempat
Eskpresi Diri ~
Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan
serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri
dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu
sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila
bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria…
Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan
program kurus anda.
Kelima
Kawal emosi ~ Satu lagi
tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda,
bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan
bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah
keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik
kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya
dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan
pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan
lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……
Misi Kurus Seawal 14 hari ----> Gaya Enot
Post a Comment