Mengemas almari adalah sesutu yang boleh jadi sesuatu yang membosankan buat sesetengah daripada kita. Pelbagai proses menakutkan seperti perlu keluarkan semua baju, lipat semula, susun, kemudian bersepah semula muncul difikiran menyebabkan kita menangguhkan kerja mengemas dan mengambil masa yang lama untuk mengemas almari kita bukan? Kesudahnya, almari sudah jadi seperti tongkang pecah..baju yang dicari tak jumpa..baju bercampur-campur dan akhirnya kita menjadi terlebih-lebih lagi 'stress' nya. Bukan? Di sini terdapat beberapa tips untuk anda memulakan aktiviti mengemas ini dengan enjoy sekali

1 Set Masa untuk mengemas
Ya! Step pertama ini amat penting! Anda perlu menetapkan masa untuk mula mengemas. Contohnya hari sabtu atau ahad. Apabila masa sudah ditetapkan mohon pasangan anda bekerjasama membantu menjaga anak-anak. Dengan ini anda akan lebih fokus dan urusan mengemas ini akan menjadi lebih lancar.

2 Ambil Masa!
Saya setuju 100% dengan kata-kata Marie Kondo dalam bukunya The Life-Changing Magic of Tidying Up, “Bring every piece of clothing you find to the same place, and spread them out on the floor. Then pick up each outfit and see if it sparks joy.

Ambil masa anda untuk keluarkan semua pakaian dalam satu tempat dan asingkan mengikut jenis, atau mungkin juga mengikut warna. Asingkan juga 
>>pakaian kepejabat
>>pakaian harian 
>>pakaian ke majlis
>>pakaian jarang-jarang pakai
>>pakaian untuk sumbangan dan masih elok
>>pakaian yang sudah tidak elok(koyak, pudar etc) 

3 Maintain wardrobe anda
Ya..ini step yang paling kritikal setelah penat lelah mengemas. Bagaimana mahu mengekalkan almari yang cantik dan kemas setiap masa? Mudahnya, tiada sesiapa yang pergi ke gym sehari, kemudian sekelip mata mendapat badan yang ideal kan? Sama juga almari kita. Ia memerlukan kepada jadual pengurusan almari. Saya cadangkan anda masukkan dalam jadual anda setiap hujung minggu adakan sedikit masa untuk mengemas. Jika anda ambil masa tunggu sehingga sebulan...haa..anda bakal mengundang stress yang tidak diundang!
Selain itu, anda juga harus mempunyai amalan meletakkan kembali pakaian pada tempatnya. Bukan melonggokkan pakaian pada satu tempat. Buatkan tempat khas untuk setiap jenis kategori pakaian.

Jom kita lihat pelbagai aksesori yang boleh anda dapatkan untuk wardrobe anda
Hanger
Clothes wood hanger dark brown
Sudah tiba masanya almari anda mempunyai hanger dengan warna yang matching. Jadi, almari nampak menarik, kemas dan tersusun.
ikea
Ikea mulig clothes rack stand black
ikea laundry 
Memang style lah tempat letak baju kotor ni!!
sokano3
Sokano 5-in-1 stainless steel multifunction retractable pants racktrouser hanger 
Pening juga nak letak dimana seluar yang berlambak-lambak, so hanger ini sesuai untuk menyangkut seluar anda. Selain jimat ruang ia juga nampak sangat kemas

sangkut baju
Sesuai untuk kegunaan indoor dan outdoor. Sangat fleksibel dan menarik kan.

sokano2
Sokano multipurpose magic cloth hanger
Wow! Menjimatkan ruang almari anda
Bigger Storage Bag For Blankets/Pillows/Clothes
Untuk menjimatkan ruang almari bolehlah consider storage bag ini. Boleh jugak barangan baby anda di dalamnya. Nampak style jugak kan.
sukano
Sokano bamboo charcoal organizer
Sesuai untuk menyimpan barangan peribadi..jadi lebih tersusun dan mudah diambil
storage
Hanging clothing storage bags home organizer
Pakaian berlipat seperti kain batik/ kain pelikat/ skirt akan nampak kemas jika ada storage begini. Selain daripada itu, ianya sangat menjimatkan ruang!

Lagi beberapa hari lagi nak buka sekolah. Semangat pulak nak mencari resepi-resepi untuk berbento. Azam 2017 ni nak ajar anak dan suami bawa bekal ke sekolah/ pejabat. Harap-harap azam ini terlaksanalah..Masak sendiri untuk anak-anak dan suami ni merupakan satu kepuasan bagi saya, yelah kita yang masak, jadi kita mesti pastikan bahan masakan kita terjamin dari segi kualiti, rasa serta kebersihan, dan yang pasti JIMAT!! Bagi ibu-ibu yang punya azam yang sama, mari kita tengok beberapa resepi yang saya kongsi dengan sumber nya saya nyatakan di setiap gambar.





Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah bagi setiap orang. Waktu kecil dulu saya akui, saya seorang yang sangat lasak. Di lahirkan era 90an dan dibesarkan dengan suasana kampung memang kalau tidak memanjat pokok, mandi di sungai, panjat pagar sekolah, dan lain-lain perkara dengan rakan sekutu memang tidak sah rasanya. Semua itu kenangan yang sangat indah.

Ingat lagi kenangan dicakar kucing, dalam lukanya sampai tinggal parut yang agak teruk. Pada masa itu dengan bangga bercerita dengan kawan-kawan...tapi semua itu berubah bila dah dewasa, perasaan malu pula yang timbul. Kemudian, bila bersalin secara pembedahan tinggalkan pula parut keloid..malu pula pada pasangan.

Apa itu PARUT?
Apabila kulit kita rosak cth dari kesan jerawat, luka terbakar, torehan, pembedahan, dan lain-lain, ia boleh sembuh dan jana semula kulit baru dengan hebat sekali. Walau bagaimanapun, tisu kulit baru tidak betul-betul sama seperti yang asal. Anda biasanya akan perasan parut - strukturnya timbul atau tersusun, lebih ringan (lembik) serta licin daripada kulit di sekitarnya dan tanpa folikel rambut.
Parut mengambil masa sehingga dua tahun untuknya mencapai bentuk akhir. Terdapat 3 peringkat penyembuhan, seperti berikut:
1. Fasa Radang:
Berlangsung sekitar 1 minggu. luka berhenti pendarahan dan meleleh, dan mula untuk membentuk kolagen.

2. Fasa Perkembangbiakan sel
Untuk lebih kurang 3 hingga 6 minggu, tisu penghubung terbentuk untuk menutup luka dengan sepenuhnya.

3. Fasa Matang (Pemodelan semula matriks)
Fasa terakhir pembentukan parut mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Masa yang lama ini diperlukan bagi proses penyembuhan sepenuhnya di lapisan dalam kulit dan untuk membentuk tisu baru yang mengisi luka tersebut dengan sepenuhnya.
Selain dari membeli pelbagai produk menghilangkan parut saya juga ada membuat bacaan bahan-bahan alami/natural untuk menghilangkan parut. 

1 Madu
Madu ialah penyelesaian semula jadi yang amat bagus untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan kesan merah yang ditinggalkan. Ini ialah kerana madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan membantu melegakan kulit dan mengurangkan keradangan. Madu manuka atau mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh disapukan terus ke bahagian kulit berparut, menggunakan putik kapas.
➮Madu ialah pilihan yang bagus bagi mereka yang berkulit sensitif kerana madu tidak merengsakan kulit dan akan melembapkan kulit anda dan tidak mengeringkannya, tidak seperti jenis rawatan yang lain.
➮Jika anda boleh mendapatkan sedikit serbuk mutiara campurkan secubit ke dalam madu untuk rawatan yang lebih berkesan. Serbuk mutiara dikatakan boleh mengurangkan keradangan kulit dan memudarkan parut jerawat.

Cara-caranya:
Ambil madu lebah, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Selesai sesi urutan, biarkan sahaja. Tidak perlu  dibilas. 

2 Aloe Vera atau Lidah Buaya
Mesti anda pernah dengan Aloe Vera baik untuk sunburn kan? Dan ia juga sebenarnya baik untuk memulihkan parut. Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Anda boleh dapatkan lidah buaya ini di rumah (senang hidup jika ditanam) atau jika sukar untuk anda dapati, anda boleh saja membeli gel Aloe Vera tersebut.

Cara-caranya:
Ambil lidah buaya atau gel lidah buaya, ambil lendirnya dan sapukan ke muka /bahagian yang berparut. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci macam biasa.

3  Timun
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda. Timun adalah neutral yang mana boleh menghidrat parut anda tanpa menyebabkan alahan dan kerengsaan.
Cara-caranya:
Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

4 Jus lemon segar
Jus lemon mempunyai ciri-ciri pelunturan kulit semula jadi dan boleh membantu memudarkan parut jerawat anda dengan berkesan.

Cara-caranya:
Hanya campurkan jus lemon dan air dalam sukatan yang sama banyak dan sapukan cecair ini terus ke atas parut anda namun elakkan bahagian kulit di sekitarnya. Basuh kesan jus lemon selepas 15 hingga 20 minit atau anda boleh meninggalkan jus tersebut di atas kulit semalaman sebagai masker.
➱Lembapkan kulit muka dengan segera selepas membasuh bahagian yang disapu jus itu kerana asid sitrik dalam lemon boleh mengeringkan kulit.
➱Jus limau nipis yang mengandungi asid sitrik boleh juga digunakan menggantikan lemon tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.
Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

5 Baking Soda
Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat.Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pore kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Cara- caranya:
Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, buatkan pes (pekat). Lumurkan campuran ini ke kawasan berparut.
Pastikan anda cuci muka guna pelembab selepas mencuci pes tadi. Amalkan setiap dua hari sekali. 

6 Minyak kelapa dara (VCO)
Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Cara-caranya:
Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.
Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan pencuci muka biasa.

7 Tomato 
Tomato mengandungi vitamin A dan C yang berupaya menghilangkan parut jerawat. Ianya bertindak sama seperti lemon segar dalam menghilangkan parut.
Cara-caranya:
Potong tomato masak ke dalam kepingan kecil. Hancurkan dalam mangkuk menggunakan garpu untuk membuat pes. Tempekkan pes tomato tadi ke kawasan parut dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air suam. Ulangi setiap hari.

8 Minyak Zaitun 
Minyak zaitun mengandungi antioksidan, vitamin E serta pelbagai mineral lain. Selain melembabkan dan menghaluskan kulit, minyak zaitun juga dapat memudarkan kesan-kesan parut jerawat.

Cara-caranya:
Sapukan minyak zaitun  pada muka sebelum tidur dan juga selepas bangun tidur. Lakukan secara teratur kerana cara ini mampu menghilangkan parut jerawat.

9 Teh Hijau
Cara hilangkan parut jerawat mudah dan cepat boleh anda praktik dengan menggunakan teh hijau yang bersifat anti inflamasi.

Cara-caranya:
Anda perlu menjadikan teh hijau ini ais batu. Rendam teh hijau, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sehingga membeku. Setelah keras, bungkusnya dengan tuala atau kain bersih. Tempelkan pada bahagian kesan-kesan parut jerawat sekitar dua minit. Lakukan secara rutin pada setiap hari, lama kelamaan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya.

10 Cocoa Butter
Cocoa Butter menembusi jauh ke dalam kulit, menjadikan ia terhidrat dan lembut. Anda boleh menggunakannya bersama dengan beberapa rawatan lain di atas.

Cara-caranya:
Sebelum tidur, basuh parut dan sapukan cocoa butter secukupnya. Biarkan semalaman.

11 Cuka Epal
Pati cuka epal dikatakan ubat jerawat semulajadi yang juga berkesan kerana kemampuannya membunuh bakteria penyebab infeksi di muka. Khasiat cuka epal sangat berguna dalam menyeimbangkan tahap pH kulit dan menghalang pertumbuhan bakteria.

Cara-caranya:
Cairkan cuka epal dengan air pada jumlah yang sama banyak. Rendam kapas dalam campuran dan sapu pada parut untuk  beberapa minit. Basuh dengan air, kering dan sapu pelembap. Ulangi setiap hari.

12 Minyak Jojoba
Komposisi minyak Jojoba adalah sama seperti dalam sebum semula jadi kulit kita. Ini menjadikan ia sesuai untuk melembapkan parut.

Cara-caranya:
Sapu beberapa titik minyak jojoba pada parut anda sehingga ia diserap sepenuhnya. Ulangi setiap hari.

13 Vitamin E
Minyak Vitamin E sentiasa menjadi pilihan untuk menyembuhkan dan meningkatkan kualiti kulit secara umum.

Cara-caranya:
Ambil minyak vitamin E dalam beberapa titik dan sapu pada parut anda. Urut kawasan tersebut sehingga minyak vitamin E diserap sepenuhnya.

Kesimpulan
Saya berharap beberapa kaedah ini akan membantu memudarkan/ menghilangkan parut anda. Yang pastinya terdapat banyak cara untuk dipilih jadi mengapa tidak cuba yang berlainan setiap hari! Bersabar walaupun, ia akan menjadi sekitar 6 minggu sebelum anda mula melihat sebarang peningkatan. Pertumbuhan semula kulit adalah satu proses yang lambat dan perlahan.


Taufan yang dimaksudkan adalah hadiah lumayan yang Marry Brown sediakan, Melalui Peraduan terbaru mereka: Peraduan Makan & Menang!

Macamana nak sertai??, Saaaangat sangat mudah :

👉 Belanja RM25 & keatas
👉 Isi borang & kepilkan sekali resit belian👦
👉 Masukkan dalam peti yang disediakan dalam Marry Brown

Peraduan senang ini dibawakan oleh Marry Brown antara rangkaian makanan segera yang terkenal di Malaysia ni. Peraduan berakhir 8 Januari 2017.

Maklumat lanjut sila ke fb Marry Brown

Hadiah-hadiah
  • Hadiah Utama x3 – Wang Tunai bernilai RM10,000 untuk setiap pemenang. (3 pemenang)
  • Hadiah Mingguan x18 – Wang Tunai bernilai RM1,000 untuk setiap pemenang. (18 pemenang setiap minggu - selama 7 minggu)
  • Hadiah Sagu Hati x300 – Baucar MB bernilai RM100 untuk setiap pemenang. (300 pemenang setiap minggu - selama 7 minggu)
! PENTING
↠Salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti pembelian seperti yang dikehendaki.

↠Peraduan ini berakhir pada 8 Januari 2017. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum 11:59 malam pada 8 Januari 2017 untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Utama. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayani.

Untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Mingguan dan Hadiah Sagu Hati, penyertaan mesti diterima sebelum 11:59 malam pada hari akhir tempoh peraduan. Penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam akan dirangkumkan dalam peraduan Mingguan seterusnya.

Maklumat lanjut rujuk laman fb Marry Brown

Rahsia Uber
Saya Sendiri Sudah Perah Duit Beribu Setiap Hari!

Saya sendiri dahulu dah perah gila-gila duit masuk ke akaun bank saya setiap hari sehingga duit dah terlalu banyak beribu-ribu malah bercambah sehingga beratus ribu dan akhirnya sampai hampir sejuta ringgit saya berjaya kumpul dengan menggunakan teknik rahsia Uber saya ini.

Saya Seperti Anda Dulu...

Hidup saya dulu sama seperti anda. Kais pagi, makan pagi dan kais malam, makan malam. Sewaktu bekerja dahulu duit memanjang tidak cukup. Gaji saya okay waktu itu tetapi masih tidak cukup untuk membayar bil bulanan saya.

Malangnya, kurang dari setahun yang lalu, syarikat saya memberikan notis henti kerja kepada saya disebabkan kegawatan ekonomi hari ini. Selepas bertahun kerja mencurahkan bakti, akhirnya saya dihentikan begitu sahaja.

Nak cari pekerjaan lain pun susah. Saya sudah menghantar 500 CV/resume saya kepada semua orang. Semua orang saya telah kacau. Hampir beberapa bulan mencari pekerjaan, duit simpanan dah sudah habis dan sekarang mula meminjam dari sana sini.

Saya cuba meminta personal loan dari bank pun semua kena decline. Dari Along pun sudah mula meminjam.

Tiba-tiba seorang rakan saya yang juga bekerja bersama saya dulu memberitahu ada cara untuk mendapat pendapatan dengan memandu kereta Uber. Saya pun secepat mungkin pergi mendaftar dengan Uber dan mula lah kerjaya saya sebagai seorang pemandu Uber waktu itu.

Pendapatan sebagai seorang pemandu Uber boleh tahan juga iaitu dalam RM5,000 ke RM8,000 sebulan. Tetapi masih tidak mencukupi untuk membayar bil bulanan saya.

Lagipun, saya malas keluar memandu sepanjang hari. Agak membosankan juga walaupun berpeluang berjumpa dengan ramai orang semasa memandu dan mengisi masa dengan berborak dengan passenger.

Jadi, satu hari saya duduk dan fikirkan satu teknik bagaimana hendak memanipulasi Uber ini dan menjana duit yang gila-gila tanpa perlu memandu atau melakukan apa-apa.

Duit atas angin!

Sejak itu, saya hanya duduk rumah berehat dan menjana beribu-ribu ringgit sebulan tanpa perlu lakukan apa-apa. Duit atas angin sahaja.

Hari ini saya buat antara RM80 ribu ke RM100 ribu sebulan atas angin dan duduk di rumah sahaja. Buka Maybank2U dan kira duit sahaja setiap hari. Lain-lain masa yang luangkan dengan menonton TV, melancong dan melepak sahaja siang dan malam.

Siapa yang sesuai membeli buku panduan Rahsia Uber ini?

    ‧✌Mereka yang menghadapi masalah kewangan
    ✌Mereka yang mahu menambah pendapatan tambahan
    ✌Mereka yang tidak mahu bekerja keras atau tidak mahu memandu kereta Uber
    ✌Mereka yang tidak mahu lakukan sebarang pelaburan risiko lagi
    ✌Mereka yang mahu duduk sahaja, dan duit masuk ke akaun bank...
    ✌Mereka yang mahu bebas kewangan buat selamanya!

Klik sini untuk mengetahui rahsia hebat ini<<<Rahsia UBER>>>

Minyak kelapa merupakan minyak yang berasal dari sari kelapa yang memiliki banyak sekali khasiat untuk kehidupan manusia. Boleh dikatakan minyak kelapa memiliki manfaat dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Dengan memanfaatkan minyak kelapa kita dapat melakukan rawatan kecantikan sekaligus sebagai alternatif untuk mengatasi pelbagai penyakit. Minyak kelapa tidak memiliki efek sampingan kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Namun meskipun demikian, anda juga disarankan untuk menggunakan secukupnya sahaja dan jangan berlebihan.

Kajian menyatakan sapuan minyak kelapa dapat membantu tubuh kita meningkatkan ketahanan terhadap virus dan bakteria penyebab penyakit. Minyak kelapa juga mempengaruhi hormon positif terhadap tiroid yang mengawal kadar gula dalam darah.

Ada banyak sekali manfaat yang kita boleh dapatkan dari minyak kelapa. Berikut merupakan beberapa manfaat minyak kelapa.

1 Telur Tahan lebih lama
Jika anda mahu telur di dalam peti ais anda tahan lebih lama cuba lumur minyak kelapa pada telur tersebut. Sapuan tersebut membantu menutup liang (pore) dan mencegah pendedahan kepada oksigen. Jangan terkejut jika telur tersebut boleh tahan sehingga 14 hari lagi.

2 Homemade Mayonis
Anda boleh menggunakan minyak kelapa dengan kuning telur dan cuka epal untuk membuat mayonis anda sendiri. Jika anda seorang penggemar mayonis, ini boleh jadi cara yang terbaik untuk anda bereksperimen dengan rasa dan membuat mayonis yang lebih sihat dan ideal anda seisi keluarga.

3 Kiub ais Minyak Kelapa
Adakah anda tahu anda boleh membekukan minyak kelapa menjadi kiub ais? Kemudian anda boleh menambah kiub ais tersebut dalam minuman kegemaran anda untuk mendapatkan semua kebaikan yang ada dalam minyak kelapa sejuk.
4 Minuman Tenaga untuk bersukan
Ini untuk ahli sukan yang biasa mengambil minuman tenaga bergula. Apa kata tukar kepada option menu yang lebih sihat. Minuman ini menggabungkan minyak kelapa dengan beberapa chia seed dan jus buah-buahan adalah pilihan yang lebih sihat. 

5 Coffee Creamer
Anda seorang penggemar kopi? Menambah satu sudu minyak kelapa akan memberikan anda rangsangan tenaga semula jadi. Ia juga adalah cara yang sesuai untuk mereka yang mencari pilihan untuk bebas produk tenusu.

Selain memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, minyak kelapa juga memiliki banyak sekali manfaat untuk kecantikan. Bahkan jika lita perhatikan minyak kelapa sudah banyak digunakan sebagai bahan alami untuk merawat kecantikan. Berikut manfaat minyak kelapa untuk kecantikan.

6 Pencuci kulit wajah
Sudah banyak orang yang menggantikan sabun dengan minyak kelapa sebagai pencuci kulit wajah mereka. Minyak kelapa dapat membersihkan kulit wajah dari bekas make up dan kotoran seperti debu dan sebagainya. Selain itu minyak kelapa merupakan bahan alami yang tidak mengandungi bahan kimia yang mana sangat baik dan selamat untuk kulit.

7 Pelembab kulit dan bibir
Tekstur minyak kelapa yang kental dapat memberikan efek yang lembab pada kulit dan bibir kita. Minyak kelapa akan menjaga kelembaban kulit dan bibir sehingga mencegah kulit kering atau bibir pecah-pecah.

8 Mencerahkan kulit
Kulit cerah dan bersinar merupakan dambaan semua orang. Ada wanita yang sanggup keluarkan duit hingga ratusan ringgit untuk mendapatkan kulit yang cerah dan mulus. Namun, ini ada penemuan yang menarik. Hanya sapukankan sahaja Minyak kelapa ke muka, yang mana minyak tadi akan memberikan nutrisi serta membuang sel kulit mati sehingga kulit menjadi cerah.

9 Mencantikkan Alis Mata
Sapu mimyak kelapa pada bulu kening dan bulu mata sebelum tidur setiap hari dan lihatlah hasilnya pasti membuatkan anda tersenyum riang.

10 Mengatasi kedutan kulit dan penuaan
Kedutan atau tanda penuaan pada kulit merupakan sesuatu yang paling menakutkan sekali. Namun anda tak perlu risau, anda boleh menggunakan masker minyak kelapa untuk menghilangkan kedutan, garis halus dan tanda penuaan lainnya.

11 Krim cukur
Jika anda memiliki kulit yang sangat sensitif sehingga gel untuk bercukur pun tidak boleh guna, maka minyak kelapa dapat menjadi penyelamat. 

12 Mengatasi bau badan
Mungkin asing bagi kita semua jika minyak kelapa dijadikan sebagai deodoran untuk menyah bau badan. Tapi mengapa tidak mencuba kan? Anda boleh menggunakan minyak kelapa sebagai deodoran pengusir bau badan.

13 Losyen tangan dan badan
Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap. Sebagai satu tips sebaiknya disapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil. Anda disyorkan untuk menggunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan

14 Mengatasi Kelemumur
Kelemumur adalah masalah rambut yang kerap membuat orang menjadi tidak percaya diri. Namun anda tak perlu risau lagi, minyak kelapa mampu mengusir kelemumur hanya dalam satu malam saja. Caranya, anda gunakan minyak kelapa sebagai masker rambut, Bungkus kepala yang disapu dengan minyak tadi dengan plastik, biarkan semalaman. Bersihkan pada pagi harinya.

15 Menghilangkan Kutu Rambut
Minyak kelapa juga merupakan bahan alami yang terbukti berkesan untuk menghilangkan kutu pada rambut. Caranya sama dengan cara menghilangkan kelemumur, iaitu gunakan minyak kepala sebagai masker rambut dan biarkan semalaman.

16 Menyuburkan rambut
Menggunakan minyak kelapa sebagai bahan alami untuk merawat rambut dapat menyuburkan rambut, membuat rambut tumbuh lebat dan tak mudah rosak. Selain itu, ia dapat mengatasi rambut bercabang dan rambut jarang serta menghitamkan rambut.

17 Penanggal Mekap
Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam. Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air. Antara tip penggunaannya adalah dengan meratakan Minyak Kelapa ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Kemudian perlu dibilas dengan air suam.

18 Body Scrub atau Lulur. 
Lulurkan seluruh badan anda dengan campuran Minyak Kelapa dan Garam Laut. Kemudian digosokkan perlahan-lahan untuk menanggalkan kulit mati. Minyak ini juga berupaya untuk memudarkan parut. Sebagai tips sebaiknya anda melakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut. 

19 Mengatasi jerawat dan bintik hitam
Jerawat merupakan masalah umum yang dialami hampir semua orang. Meskipun bukan masalah kulit yang berbahaya, namun jerawat boleh mengganggu penampilan dan harus segera diatasi. Anda boleh saja mengatasinya dengan menggunakan minyak kelapa.

20 Mengatasi Eye bag
Eye Bag atau Mata panda mata merupakan masalah yang sering dialami mereka yang kurang rehat, Eye bag ini sedikit sebanyak mengganggu penampilan dan menyebabkan rasa kurang yakin pada diri. Tapi jangan risau, apa kata cuba dulu sapukan minyak kepala pada kulit disekitar mata, dan lihat perubahan pada mata anda.

21 Gigitan serangga
Hilangkan rasa pedih dan gatal apabila digigit serangga dengan menggosok minyak kelapa secara langsung ke kawasan yang digigit. Ini akan menggalakkan proses penyembuhan.

Rangkaian produk berasaskan minyak kelapa dara yang ada di pasaran

22 Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental & fizikal (atlit sukan USA & EROPAH banyak menggunakannya.


23 Melancarkan Sistem Pencernaan
Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak. Pencernaan akan menjadi lancar kerana mineral, asid amino dan vitamin yang terdapat pada minyak kelapa mampu membunuh bakteria. Jika anda memiliki masalah pada sistem pencernaan, minyak kelapa boleh menjadi penawarnya.

24 Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes.

25 Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.

26 Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporosis.

27 Melindungi jantung
Jantung merupakan organ dalam tubuh yang sangat penting. Jantung berfungsi mengepam darah keseluruh tubuh, jadi tubuh akan berhenti jika jantung berhenti bekerja. Asid laurat yang terdapat pada minyak kelapa dapat menurunkan kolesterol jahat dan mengubahnya menjadi kolesterol baik sehingga jantung akan tetap sihat.

28 Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

29 Meningkatkan Kekebalan tubuh badan
Minyak kelapa mengandung asam laurat yang dapat meningkatkan kekebalan imun tubuh. Selain itu minyak kelapa juga dapat membunuh bakteria jahat yang ada didalam tubuh.

30 Mengatasi luka terbakar
Memiliki bekas luka terbakar pastinya sangat mengganggu. Hal ini kerana ia akan merosakkan penampilan. Caranya sapu minyak kelapa pada luka terbakar atau bekas luka secara teratur, maka bekas luka akan hilang.

31 Mencegah penyakit hati
Minyak kelapa sangat baik untuk menjaga kesihatan hati. Trigliresida dan asid lemak yang terdapat pada minyak kelapa dapat membantu mencegah penyakit hati. Kedua zat tersebut sangat mudah diproses menjadi tenaga ketika sampai kehati. Hal ini yang mencegah penumpukan lemak pada hati.

32 Mencegah sakit batu karang
Meminum minyak kelapa secara teratur dapat mencegah batu karang. Selain itu minyak kelapa juga dapat menghancurkan batu karang sedia ada.

33 Mengurangkan risiko Alzheimer
Penyakit alzheimer adalah penyakit yang menyerang otak. Penyakit ini berbahaya kerana dapat mengganggu fungsi otak dan menyebabkan dementia. Namun anda tak perlu risau kerana minyak kelapa dapat mencegah penyakit alzheimer. Kandungan zat keton pada minyak kelapa dapat membantu meningkatkan memori otak dan menyihatkan otak.

34 Berfungsi sebagai baby oil
Seorang bayi sebenarnya tidak memerlukan pelembab, kerana kulitnya dilapisi oleh vermix saat lahir. Ada kalanya di beberapa tempat terdapat kulit kering seperti di sekitar leher. Oleskan minyak kelapa murni agar kulit menjadi lembab dan sekaligus dapat mencegah timbulnya fungus.

35 Nutrisi rambut
Bagi baby yang rambutnya nipis ketika lahir, ini adalah petua untuk melebatkan rambut baby anda. Supaya rambut tumbuh subur dan lebat, setelah mencukur habis rambut, oleskan minyak kelapa dara pada kulit kepala baby sambil urut secara lembut. Biarkan 30 minit kemudian bilas. Minyak kelapa juga bagus untuk membuang kerak pada kulit kepala. 

36 Mengatasi ruam pada baby
Masalah yang kerap ditemui bayi yang menggunakan pampers adalah ruam iritasi bintik-bintik merah di sekitar paha. Minyak kelapa dara dapat menjadi ubat alami untuk masalah ini. Kandungan vitamin dan lemak alami akan melembabkan kulit bayi, memberikan nutrisi dan mengubati iritasi.

37 'Kerak' kepala bayi
Istilah asingnya cradle capatau. Sapukan minyak kelapa dara pada kulit kepala bayi secara lembut, pada spot yang terdapat kerak dan biarkan selama 20 minit. Gunakan sisir yang lembut untuk membuang kerak-kerak tersebut.

38 Ubat alami penyakit ekszema
Kandungan vitamin dan antioksidan pada minyak kelapa dara dapat mengatasi kulit kering dan ekszema. Sapukan di tempat yang gatal dan biarkan beberapa saat sehingga ekszema hilang.

39 Minyak Urut
Kita semua sadar manfaat urutan untuk baby. Penggunaan minyak kelapa dara yang tidak mengandungi bahan kimia sangat tepat untuk kulit baby yang lembut dan sensitif. Urutan akan menenangkan baby dan membuatnya tidur lena.

40 Ikhtiar Fungus
Minyak kelapa dara merupakan bahan yang sempurna sebagai anti bakteria. Di dalamnya terdapat kandungan asam laurat yang diubah menjadi monolaurin dalam tubuh. Ini merupakan makanan kaya gizi dan berfungsi untuk melindungi baby dari bakteria, fungus ataupun virus.

41 Makanan tambahan bayi
Minyak Kelapa mengandungi asam laurat yang tinggi, yang mana ditemukan juga dalam susu ibu yang meningkatkan daya cerna sehingga mampu bertindak sebagai pelindung. Tambahkan minyak ini bersama sayuran yang kaya vitamin, seperti vitamin A, D, E dan K yang mampu membantu penyerapan nutrisi untuk baby.

42 Menyembuhkan luka
Kandungan antioksidan minyak kelapa dara merangsang pembentukan kolagen, salah satu protein yang membina tubuh manusia. Ketika kulit terluka dan dioleskan minyak kelapa dara, maka kolagen akan terbentuk dan mempercepatkan penyembuhan luka.

43 Membantu memberikan kelegaan ketika tumbuh gigi
Campurkan minyak kelapa sedikit dengan minyak cengkih dan sapukan pada gusi bayi untuk melegakan rasa sakit.

44 Mengubati sakit melecet pada puting
Seringkali ibu menyusu akan mengalami masalah iritasi /melecet pada puting payudara. Sapukan sedikit minyak kelapa dara pada puting dan di bibir baby, nescaya iritasi akan hilang. Pengambilan minyak kelapa juga boleh meningkatkan aliran susu anda.

Antara rangkaian produk bayi berasaskan Minyak kelapa



45 Minyak kelapa dara berkesan sebagai antiparasit
Menyapukan minyak kelapa pada kulit kucing bermanfaat sebagai repellent (pengusir) kutu pada kulit. Sapu minyak kelapa ini ketika anda sedang bermain dengan mereka atau ketika mereka sedang tidur. 

46 Meningkatkan kualiti bulu burung
Beberapa titik minyak kelapa ke dalam air haiwan kesayangan anda sehari boleh meningkatkan penampilan bulu mereka.

47 Tiada lagi hairballs
Jika anda sapukan minyak kelapa pada bulu kucing anda ia akan mengurangkan jumlah gumpalan bulu mereka serta menghasilkan kucing anda bulu yang berkilat.

48 Pembunuh lipas
Minyak kelapa disembur terus pada lipas. Ianya berkesan dengan anda dapat bonus tambahan kerana tiada bahan kimia berbahaya seperti semburan serangga yang dijual di kedai.

49 Membersih bahagian dalam kereta: 
Minyak kelapa juga boleh disapu di bahagian interior kereta anda. Hasilnya dalaman kereta lebih berkilat dan berbau wangi tropika.

50 Pencuci BBQ
Sapukan minyak kelapa dara pada alat BBQ anda, biarkan selama sejam dan anda akan lihat kotoran dan gris akan hilang.

51 Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik, satu jenis asid lemak yang mempunyai ciri antimikrob yang kuat, yang melindungi sistem imun janin dan bayi yang baru lahir. Ibu-ibu mengandung boleh menelan beberapa sudu sehari untuk meningkatkan fungsi imun mereka.

52 Minyak kelapa dara menyeimbangkan gula dalam darah dan mengawal kencing manis serta mengawal morning sickness

53 Apabila digunakan untuk perineum pada minggu-minggu terakhir kelahiran, ia boleh membantu mengurangkan koyakan dan keperluan untuk episiotomi semasa kelahiran.

54 Campur dengan setitik Minyak Lavender untuk menenangkan buasir yang disebabkan oleh kehamilan.

55 Sapukan minyak pada kulit anda untuk mengelakkan stretchmarks dan kulit gatal yang berkaitan dengan perut yang semakin membesar


Dalam temu bual baru-baru ini dalam sebuah majalah hiburan, pelakon Scarlett Johansson bercakap tentang bagaimana dia menggunakan Apple Cider Vinegar untuk mencuci muka dalam rutin penjagaan wajah.

Walaupun saya kurang mengikuti perkembangan artis, namun saya mendapati ia menarik bahawa seseorang yang mampu untuk membeli produk penjagaan kulit yang mahal (teringat pada J Lo dengan rejim penjagaan diri yang bernilai ribuan dolar) tetapi artis ini hanya menggunakan cuka epal tradisional yang mudah didapati dan boleh dibeli kurang daripada sepuluh dolar.

Jadi ada apa dengan cuka epal, bagaimana anda menggunakannya sebagai pembersih kulit dan toner dan apakah kebaikan pengambilannya untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih baik?

Cuka epal (Apple Cider Vinegar (ACV)) merupakan cairan berwarna coklat yang terbuat dari fermentasi (proses penapaian) buah epal. Cuka epal sudah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu kerana sifat-sifatnya yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan infeksi, seperti sinusitis, demam, dan flu.Terdapat juga orang mengaplikasikan cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah sakit jangtung, kolestrol tinggi, masalah berat badan dan pencegah kanser.

Meminum cuka epal setiap hari akan membantu memperbaiki masalah pencernaan dan menyembuhkan banyak penyakit kronik, seperti depresi, kelelahan, arthritis, serta dapat menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol.
                           



Cuka epal telah digunakan selama ribuan tahun untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Hipprocates, bapa doktor moden, mengesyorkan penggunaan cuka apel yang dicampur dengan madu untuk mengubati demam dan flu pada tahun 400 SM.

Sejak itu, cuka epal terus digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Cuka epal  juga digunakan oleh tentera Romawi dan para pendekar samurai Jepun sebagai ramuan untuk kesihatan dan kekuatan anggota badan.

Cuka epal juga digunakan semasa perang saudara Amerika sebagai antiseptik untuk membersihkan luka tentera dan digunakan juga seterusnya untuk tujuan yang sama pada Perang Dunia I.



Rasa asam dari cuka epal membuatkannya memiliki sifat membersihkan dan digunakan sebagai antiseptik. Cuka epal mengandungi asam asetat yang membantu menyingkirkan bakteria merbahaya dan kulat pada saluran pencernaan. Hal ini membantu kerja pencernaan dan penyerapan nutrisi dari makanan oleh usus.

Cuka epal juga mengandungi pektin dan mineral surih, yang merupakan serat yang larut dalam air, sehingga membantu menyerap air, lemak, racun, dan kolesterol dari saluran pencernaan dan membuangnya keluar dari tubuh badan.

Cuka epal yang diambil setiap pagi ketika perut masih kosong dapat meningkatkan tenaga, ketahanan tubuh badan, dan keskhatan secara umum. Rasa sakit akibat penyakit kronik boleh berkurang malah boleh hilang sama sekali.

Dengan cuka epal, kulit akan menjadi lebih bersih, pencernaan menjadi lebih lancar, kesihatan jantung, kesihatan sistem saraf, sehingga tahap kesihatan secara keseluruhannya akan meningkat.


Pastikan anda beli cuka epal organik,unfiltered,bukan Cuka Apple Organic yang digunakan untuk memasak. Sebab apa perlu beli yang organik? Ini kerana cuka epal organik mengandungi "the mother",iaitu cloudy stuff yang ada di bawah botol kaca cuka epal tersebut. "The mother" sangat penting kerana mengandungi beberapa enzim baik,pektine,dan beberapa mineral yang mana ianya sangat bagus untuk kulit kita.

  1. Method yang dicadangkan adalah dengan menggunakan nisbah 30:70 iaitu 30% cuka dan 70% air yang ditapis. Dan nisbah ni boleh ditukar mengikut kesesuaian kulit. Kalau rasa pedih, boleh tambahkan jumlah air.
  2. Sebagai langkah berjaga-jaga, oleskan sedikit bahan dilute tadi (cuka epal + air) ke wajah. Biarkan selama satu jam untuk melihat jika anda mempunyai apa-apa reaksi kepadanya sebelum menggunakannya sepenuhnya.
  3. Jika anda berasa selesa menggunakan cuka epal cider sebagai pembersih kulit kemudian mulakan dengan membersihkan muka anda dengan air suam, Isi campuran cuka epal dan air (dillute) tadi ke dalam bekas spray - outdoor travel kit empty cosmetic. Spray pada cotton pad, dengan lembut, bersihkan muka dan leher anda dengan campuran ini,

Homemade memang terbaik dan natural, namun kekurangannya ialah ianya tidak tahan lama kerana tiada bahan pengawet. Jadi solusinya, lepas sahaja pakai letak di dalam peti ais untuk menjaga kualiti toner .

MARI themes

Powered by Blogger.