Cara Natural Atasi Parut

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah bagi setiap orang. Waktu kecil dulu saya akui, saya seorang yang sangat lasak. Di lahirkan era 90an dan dibesarkan dengan suasana kampung memang kalau tidak memanjat pokok, mandi di sungai, panjat pagar sekolah, dan lain-lain perkara dengan rakan sekutu memang tidak sah rasanya. Semua itu kenangan yang sangat indah.

Ingat lagi kenangan dicakar kucing, dalam lukanya sampai tinggal parut yang agak teruk. Pada masa itu dengan bangga bercerita dengan kawan-kawan...tapi semua itu berubah bila dah dewasa, perasaan malu pula yang timbul. Kemudian, bila bersalin secara pembedahan tinggalkan pula parut keloid..malu pula pada pasangan.

Apa itu PARUT?
Apabila kulit kita rosak cth dari kesan jerawat, luka terbakar, torehan, pembedahan, dan lain-lain, ia boleh sembuh dan jana semula kulit baru dengan hebat sekali. Walau bagaimanapun, tisu kulit baru tidak betul-betul sama seperti yang asal. Anda biasanya akan perasan parut - strukturnya timbul atau tersusun, lebih ringan (lembik) serta licin daripada kulit di sekitarnya dan tanpa folikel rambut.
Parut mengambil masa sehingga dua tahun untuknya mencapai bentuk akhir. Terdapat 3 peringkat penyembuhan, seperti berikut:
1. Fasa Radang:
Berlangsung sekitar 1 minggu. luka berhenti pendarahan dan meleleh, dan mula untuk membentuk kolagen.

2. Fasa Perkembangbiakan sel
Untuk lebih kurang 3 hingga 6 minggu, tisu penghubung terbentuk untuk menutup luka dengan sepenuhnya.

3. Fasa Matang (Pemodelan semula matriks)
Fasa terakhir pembentukan parut mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Masa yang lama ini diperlukan bagi proses penyembuhan sepenuhnya di lapisan dalam kulit dan untuk membentuk tisu baru yang mengisi luka tersebut dengan sepenuhnya.
Selain dari membeli pelbagai produk menghilangkan parut saya juga ada membuat bacaan bahan-bahan alami/natural untuk menghilangkan parut. 

1 Madu
Madu ialah penyelesaian semula jadi yang amat bagus untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan kesan merah yang ditinggalkan. Ini ialah kerana madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan membantu melegakan kulit dan mengurangkan keradangan. Madu manuka atau mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh disapukan terus ke bahagian kulit berparut, menggunakan putik kapas.
➮Madu ialah pilihan yang bagus bagi mereka yang berkulit sensitif kerana madu tidak merengsakan kulit dan akan melembapkan kulit anda dan tidak mengeringkannya, tidak seperti jenis rawatan yang lain.
➮Jika anda boleh mendapatkan sedikit serbuk mutiara campurkan secubit ke dalam madu untuk rawatan yang lebih berkesan. Serbuk mutiara dikatakan boleh mengurangkan keradangan kulit dan memudarkan parut jerawat.

Cara-caranya:
Ambil madu lebah, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Selesai sesi urutan, biarkan sahaja. Tidak perlu  dibilas. 

2 Aloe Vera atau Lidah Buaya
Mesti anda pernah dengan Aloe Vera baik untuk sunburn kan? Dan ia juga sebenarnya baik untuk memulihkan parut. Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Anda boleh dapatkan lidah buaya ini di rumah (senang hidup jika ditanam) atau jika sukar untuk anda dapati, anda boleh saja membeli gel Aloe Vera tersebut.

Cara-caranya:
Ambil lidah buaya atau gel lidah buaya, ambil lendirnya dan sapukan ke muka /bahagian yang berparut. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci macam biasa.

3  Timun
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda. Timun adalah neutral yang mana boleh menghidrat parut anda tanpa menyebabkan alahan dan kerengsaan.
Cara-caranya:
Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

4 Jus lemon segar
Jus lemon mempunyai ciri-ciri pelunturan kulit semula jadi dan boleh membantu memudarkan parut jerawat anda dengan berkesan.

Cara-caranya:
Hanya campurkan jus lemon dan air dalam sukatan yang sama banyak dan sapukan cecair ini terus ke atas parut anda namun elakkan bahagian kulit di sekitarnya. Basuh kesan jus lemon selepas 15 hingga 20 minit atau anda boleh meninggalkan jus tersebut di atas kulit semalaman sebagai masker.
➱Lembapkan kulit muka dengan segera selepas membasuh bahagian yang disapu jus itu kerana asid sitrik dalam lemon boleh mengeringkan kulit.
➱Jus limau nipis yang mengandungi asid sitrik boleh juga digunakan menggantikan lemon tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.
Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

5 Baking Soda
Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat.Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pore kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Cara- caranya:
Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, buatkan pes (pekat). Lumurkan campuran ini ke kawasan berparut.
Pastikan anda cuci muka guna pelembab selepas mencuci pes tadi. Amalkan setiap dua hari sekali. 

6 Minyak kelapa dara (VCO)
Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.

Cara-caranya:
Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.
Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan pencuci muka biasa.

7 Tomato 
Tomato mengandungi vitamin A dan C yang berupaya menghilangkan parut jerawat. Ianya bertindak sama seperti lemon segar dalam menghilangkan parut.
Cara-caranya:
Potong tomato masak ke dalam kepingan kecil. Hancurkan dalam mangkuk menggunakan garpu untuk membuat pes. Tempekkan pes tomato tadi ke kawasan parut dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan air suam. Ulangi setiap hari.

8 Minyak Zaitun 
Minyak zaitun mengandungi antioksidan, vitamin E serta pelbagai mineral lain. Selain melembabkan dan menghaluskan kulit, minyak zaitun juga dapat memudarkan kesan-kesan parut jerawat.

Cara-caranya:
Sapukan minyak zaitun  pada muka sebelum tidur dan juga selepas bangun tidur. Lakukan secara teratur kerana cara ini mampu menghilangkan parut jerawat.

9 Teh Hijau
Cara hilangkan parut jerawat mudah dan cepat boleh anda praktik dengan menggunakan teh hijau yang bersifat anti inflamasi.

Cara-caranya:
Anda perlu menjadikan teh hijau ini ais batu. Rendam teh hijau, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sehingga membeku. Setelah keras, bungkusnya dengan tuala atau kain bersih. Tempelkan pada bahagian kesan-kesan parut jerawat sekitar dua minit. Lakukan secara rutin pada setiap hari, lama kelamaan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya.

10 Cocoa Butter
Cocoa Butter menembusi jauh ke dalam kulit, menjadikan ia terhidrat dan lembut. Anda boleh menggunakannya bersama dengan beberapa rawatan lain di atas.

Cara-caranya:
Sebelum tidur, basuh parut dan sapukan cocoa butter secukupnya. Biarkan semalaman.

11 Cuka Epal
Pati cuka epal dikatakan ubat jerawat semulajadi yang juga berkesan kerana kemampuannya membunuh bakteria penyebab infeksi di muka. Khasiat cuka epal sangat berguna dalam menyeimbangkan tahap pH kulit dan menghalang pertumbuhan bakteria.

Cara-caranya:
Cairkan cuka epal dengan air pada jumlah yang sama banyak. Rendam kapas dalam campuran dan sapu pada parut untuk  beberapa minit. Basuh dengan air, kering dan sapu pelembap. Ulangi setiap hari.

12 Minyak Jojoba
Komposisi minyak Jojoba adalah sama seperti dalam sebum semula jadi kulit kita. Ini menjadikan ia sesuai untuk melembapkan parut.

Cara-caranya:
Sapu beberapa titik minyak jojoba pada parut anda sehingga ia diserap sepenuhnya. Ulangi setiap hari.

13 Vitamin E
Minyak Vitamin E sentiasa menjadi pilihan untuk menyembuhkan dan meningkatkan kualiti kulit secara umum.

Cara-caranya:
Ambil minyak vitamin E dalam beberapa titik dan sapu pada parut anda. Urut kawasan tersebut sehingga minyak vitamin E diserap sepenuhnya.

Kesimpulan
Saya berharap beberapa kaedah ini akan membantu memudarkan/ menghilangkan parut anda. Yang pastinya terdapat banyak cara untuk dipilih jadi mengapa tidak cuba yang berlainan setiap hari! Bersabar walaupun, ia akan menjadi sekitar 6 minggu sebelum anda mula melihat sebarang peningkatan. Pertumbuhan semula kulit adalah satu proses yang lambat dan perlahan.