Dalam temu bual baru-baru ini dalam sebuah majalah hiburan, pelakon Scarlett Johansson bercakap tentang bagaimana dia menggunakan Apple Cider Vinegar untuk mencuci muka dalam rutin penjagaan wajah.
Walaupun saya kurang mengikuti perkembangan artis, namun saya mendapati ia menarik bahawa seseorang yang mampu untuk membeli produk penjagaan kulit yang mahal (teringat pada J Lo dengan rejim penjagaan diri yang bernilai ribuan dolar) tetapi artis ini hanya menggunakan cuka epal tradisional yang mudah didapati dan boleh dibeli kurang daripada sepuluh dolar.
Jadi ada apa dengan cuka epal, bagaimana anda menggunakannya sebagai pembersih kulit dan toner dan apakah kebaikan pengambilannya untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih baik?
Cuka epal (Apple Cider Vinegar (ACV)) merupakan cairan berwarna coklat yang terbuat dari fermentasi (proses penapaian) buah epal. Cuka epal sudah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu kerana sifat-sifatnya yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan infeksi, seperti sinusitis, demam, dan flu.Terdapat juga orang mengaplikasikan cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah sakit jangtung, kolestrol tinggi, masalah berat badan dan pencegah kanser.
Meminum cuka epal setiap hari akan membantu memperbaiki masalah pencernaan dan menyembuhkan banyak penyakit kronik, seperti depresi, kelelahan, arthritis, serta dapat menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol.
Cuka epal telah digunakan selama ribuan tahun untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Hipprocates, bapa doktor moden, mengesyorkan penggunaan cuka apel yang dicampur dengan madu untuk mengubati demam dan flu pada tahun 400 SM.
Sejak itu, cuka epal terus digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Cuka epal juga digunakan oleh tentera Romawi dan para pendekar samurai Jepun sebagai ramuan untuk kesihatan dan kekuatan anggota badan.
Cuka epal juga digunakan semasa perang saudara Amerika sebagai antiseptik untuk membersihkan luka tentera dan digunakan juga seterusnya untuk tujuan yang sama pada Perang Dunia I.
Rasa asam dari cuka epal membuatkannya memiliki sifat membersihkan dan digunakan sebagai antiseptik. Cuka epal mengandungi asam asetat yang membantu menyingkirkan bakteria merbahaya dan kulat pada saluran pencernaan. Hal ini membantu kerja pencernaan dan penyerapan nutrisi dari makanan oleh usus.
Cuka epal juga mengandungi pektin dan mineral surih, yang merupakan serat yang larut dalam air, sehingga membantu menyerap air, lemak, racun, dan kolesterol dari saluran pencernaan dan membuangnya keluar dari tubuh badan.
Cuka epal yang diambil setiap pagi ketika perut masih kosong dapat meningkatkan tenaga, ketahanan tubuh badan, dan keskhatan secara umum. Rasa sakit akibat penyakit kronik boleh berkurang malah boleh hilang sama sekali.
Dengan cuka epal, kulit akan menjadi lebih bersih, pencernaan menjadi lebih lancar, kesihatan jantung, kesihatan sistem saraf, sehingga tahap kesihatan secara keseluruhannya akan meningkat.
Pastikan anda beli cuka epal organik,unfiltered,bukan Cuka Apple Organic yang digunakan untuk memasak. Sebab apa perlu beli yang organik? Ini kerana cuka epal organik mengandungi "the mother",iaitu cloudy stuff yang ada di bawah botol kaca cuka epal tersebut. "The mother" sangat penting kerana mengandungi beberapa enzim baik,pektine,dan beberapa mineral yang mana ianya sangat bagus untuk kulit kita.
Homemade memang terbaik dan natural, namun kekurangannya ialah ianya tidak tahan lama kerana tiada bahan pengawet. Jadi solusinya, lepas sahaja pakai letak di dalam peti ais untuk menjaga kualiti toner .
Pastikan anda beli cuka epal organik,unfiltered,bukan Cuka Apple Organic yang digunakan untuk memasak. Sebab apa perlu beli yang organik? Ini kerana cuka epal organik mengandungi "the mother",iaitu cloudy stuff yang ada di bawah botol kaca cuka epal tersebut. "The mother" sangat penting kerana mengandungi beberapa enzim baik,pektine,dan beberapa mineral yang mana ianya sangat bagus untuk kulit kita.
- Method yang dicadangkan adalah dengan menggunakan nisbah 30:70 iaitu 30% cuka dan 70% air yang ditapis. Dan nisbah ni boleh ditukar mengikut kesesuaian kulit. Kalau rasa pedih, boleh tambahkan jumlah air.
- Sebagai langkah berjaga-jaga, oleskan sedikit bahan dilute tadi (cuka epal + air) ke wajah. Biarkan selama satu jam untuk melihat jika anda mempunyai apa-apa reaksi kepadanya sebelum menggunakannya sepenuhnya.
- Jika anda berasa selesa menggunakan cuka epal cider sebagai pembersih kulit kemudian mulakan dengan membersihkan muka anda dengan air suam, Isi campuran cuka epal dan air (dillute) tadi ke dalam bekas spray - outdoor travel kit empty cosmetic. Spray pada cotton pad, dengan lembut, bersihkan muka dan leher anda dengan campuran ini,
Homemade memang terbaik dan natural, namun kekurangannya ialah ianya tidak tahan lama kerana tiada bahan pengawet. Jadi solusinya, lepas sahaja pakai letak di dalam peti ais untuk menjaga kualiti toner .
Post a Comment