4 Jenis Makanan Yang Terbukti Menaikkan Berat Badan Bayi!
Ibu siapa yang tidak senang hati melihat anaknya memiliki
berat badan di bawah paras normal. Kawan-kawan, saudara-mara, ibu mertua
semua pakat tegur dan tanya “kenapa anak kurus sangat ni”. Sampaikan
satu tahap mereka ingat kita tidak pandai menjaga anak. Hakikat sebenar?
Hanya kita seorang yang tahu.
Sebagai ibu yang prihatin, penting bagi anda mula bertindak bagi
mengatasi masalah kurang berat badan yang dihadapi oleh si anak. Cuba
kenal pasti punca yang menyumbang kepada masalah ini. Jumpa doktor
berkaitan untuk minta nasihat secara professional.
Sebagai langkah awal, anda boleh cuba hidangkan anak dengan
makanan-makanan di bawah. Setakat ini telah ramai ibu berjaya menaikkan
berat badan anak mereka berdasarkan senarai di bawah. Selamat mencuba..
Ikan
Seperti yang kita semua tahu, ikan mempunyai kandungan protein yang
tinggi. Sebagai contoh, ikan gabus sangat baik kerana mempunyai albumin
(salah satu kelas protein yang amat bagus dalam menaikkan berat
badan). Kesan lain adalah Omega 3 asid lemak dalam ikan salmon membantu
untuk perkembangan otak bayi.
Gandum dan biji-bijian
Berikan anak sereal gandum dan biskut gandum. Boleh variasikan dengan
campuran biji-bijian lain seperti merah, nasi putih atau roti putih
supaya dapat meningkatkan selera si anak.
Sarat dengan karbohidrat
Makanan seperti bubur atau kentang. Ianya halus dan senang
dikunyah oleh bayi. Selain itu kadar penyerapan yang tinggi menyebabkan
ia mudah dihadam.
Susu formula atau susu ibu
Walaupun sudah menyuapkannya dengan pelbagai jenis makanan, susu
wajib diberikan di selang-seli dengan makanan tersebut. Jika bayi masih
menyusu ibu, teruskan kerana itu adalah petanda dia masih memerlukan
nutrisi dalam susu ibu. Jika memilih untuk memberikan susu formula,
pastikan kandungan tinggi lemak dan kalori tetapi kurang gula!
Post a Comment