Pengalaman ini dikongsi oleh kak sha melalui penulisan di fb.
Rasa tak sedap hati selagi tak share petua dan pengalaman kak sha sendiri bila anak kena virus HFMD..sorry kak sha menaip panjang lebar ni..
Lately ni ramai anak2 yg kena virus HFMD.tak terkecuali Anak kak sha pon kena jugak..
Mula2 dia start dengan demam dan muntah2 di padang.time tu dia ada sukan sekolah tadika..lepas sehari dia mengadu sakit mulut.nak makan tak boleh..tgk tangan dan kaki dah naik merah2..hati mula risau..so bawak la dia p klinik (area kamunting)dokter bgtau dia kena demam campak biasa je...dokter just bg ubat demam dan krim warna putih suruh sapu.tapi bila bawak anak balik,dia nangis2 ckp cakap lidah dia semua sakit...hati mula tak sedap..ya la.,nak makan pon tak boleh,nak minum susu n milo pon sakit😢..tp mama kak sha suruh p cari duan bambu bg cucu dia ni tidur atas daun bambu(al maklumlah..ingat kena demam campak..huhu)
Masa nak p nak beli daun bambu kat rumah jiran berbangsa india.dia ada bg saya satu petua..jadinya Saya guna 100% rawatan tradisional cara org india ni ke atas anak saya semasa dia kena HFMD.alhamdulillah..ok sgt2.selepas 3 hari amalkan petua ni saya bawak anak p hospital swasta jumpa dokter pakar kanak2 utk final diagnosis.Time ni baru saya tau anak kena HFDM dan bukan demam campak yg mcm dokter kat klinik tu bgtau..Dokter pakar kanak2 ni agak terkejut dgn perubahan sakit anak saya.dia puji..dia ckp pandai saya jaga anak saya sbb melembung2 jadi kering elok sedangkan baru 3,4 hari anak kena HFMD..
;)
Jadi saya nak kongsi petua yg jiran india saya bg ni. ibu2 boleh amalkan ye klu nak anak cepat sembuh..dan kita juga kena yakin semuanya atas keizinan ALLAH SWT.
PERTAMA :-
saya bg anak saya makan ais krim vanila.ais krim ni nak bg luka dlm mulut reda..cubalah.mmg sgt2 berkesan.
KEDUA :-
ambil sebesen air paip. masukkan serbuk kunyit satu sudu besar.ramas2kan daun bambu ke dalam air tersebut.letakkan air tersabut di bawah cahaya matahari dlm 2_3jam (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1ptg ).bila dah agak2 panas2 suam..bg anak kita mandi guna air ni.jirus perlahan2 dr kaki ke kepala.jgn bilas dgn airpaip.biarkan air kunyit dan daun bambu ni di badan anak.jadikan penawar.
KE TIGA :-
ramaskan daun bambu dengan bedak sejuk.lumurkan ke tangan ,kaki kat bahagian yg kena sakit ni.jgn masukkan dlm mulut tau.yg dlm mulut tu bg makan ais krim vanila je.
Insyaallah.selepas 3-4 hari pasti akan hilang .cubalah sbb saya sendiri dah alami.parut pon dah x de kat badan anak.sgt2 mujarab petua ni..pada yg nak share silakan ye.
Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman.kita hanya perlu ihtiar dan tawakal.
Insyaallah segalanya dengan izin Allah swt
Penyakit hfmd boleh x kene cahaya matahari 😊
ReplyDelete