Buat Duit Extra dengan AD.FLY

Adf.ly merupakan website yang menyediakan khidmat memendekkan URL atau Link sama seperti bit.ly dan goo.gl tapi sedikit berbeza iaitu anda boleh membuat duit dengan setiap link yang anda pendekkan! Sekarang terdapat banya website yang menyediakan khidmat memendekkan url sama ada untuk meringkaskan URL yang panjang atau untuk tujuan menyembunyikan URL sebenar. Tapi hanya beberapa website sahaja yang boleh digunakan untuk membuat duit online seperti Adf.ly, zPag.es dan Adfoc.us . 


Adf.ly adalah yang paling singkat masa di ruangan ads dan paling rendah nilai withdrawal. Anda boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan untuk mendapatkan hasil yang lumayan anda perlu kaji dan pelajari selok belok mengenai program ini. Kami yakin, dari semasa ke semasa, hasil anda pasti akan meningkat.

 Bagaimana Adf.ly Berfungsi?

Seperti yang dijelaskan tadi, Adf.ly adalah penyedia khidmat memendekkan URL di mana ia juga turut menyertakan iklan pada setiap link atau URL yang anda pendekkan. Dari situlah anda akan menjana pendapatan. Iklan tersebut akan muncul untuk 5 saat dan selepas itu anda boleh klik “Skip Ads” untuk ke URL atau laman web sebenar. Setakat ini, jumlah yang akan anda perolehi ialah sekitar $0.50 – $4.70 untuk setiap 1000 view. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh membuat duit online dengan adf.ly;

1. Dengan Menayangkan Interstitial Ads. Menayangkan interstitial ads pada link anda adalah cara yang paling menguntungkan anda kerana iklan yang ditayangkan adalah full-screen sebelum pelawat link anda boleh ke website sebenar. Iklan tersebut akan muncul untuh tempoh 5 saat sebelum link Skip ads muncul untuk pelawat pergi ke URL sebenar.

2. Dengan Menggunakan Framed Banner. Menggunakan cara ini, lebih selesa untuk para pelawat kerana iklan yang disiarkan adalah berbentuk banner dan tidak memenuhi screen. Walau bagaimana pun, hasilnya kurang berbanding cara pertama tadi.

Selamat Mencuba!!

Kredit : http://linkpendek.blogspot.my