Punca bayi muntah
Antara sebab biasa yang menyebabkan bayi anda rasa ingin muntah adalah:– mabuk kereta
– menangis dalam tempoh masa yang panjang
– ketidak cernaan makanan
– batuk
Walaupun muntah merupakan fenemona biasa di kalangan bayi, namun anda tidak boleh pandang remeh. Bila sampai satu tahap, anda kena membawanya berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Dikhuatiri sistem penghadamannya menghadapi masalah.
Tahap kritikal bayi muntah
Sekiranya tanda-tanda di bawah mula timbul, segeralah hubungi doktor!– mulut tampak kering
– kekerapan membuang air kecil menurun (kurang enam lampin sehari)
– kurang air mata
– ubun-ubun mengecut
– mengalami kekejangan
– meragam dengan teruk
– muntah berterusan selama lebih 24 jam
– sakit kritikal pada bahagian abdomen
– abdomen bengkak
– muntah berdarah
Aktiviti penyusuan
Kebiasaannya, bayi muntah dikaitkan dengan aktiviti penyusuannya. Ada dua perkara yang anda boleh praktikkan bagi menangani masalah ini. Pertama, pastikan bayi sendawa semasa dan selepas penyusuan. Kedua, letakkan bayi dalam posisi menegak dalam tempoh masa 30 hingga 60 minit selepas menyusukannya.Ingat! Jangan berikan anak anda sebarang ubat tahan muntah kecuali hanya bila pakar pediatrik anda yang mempreskripsikannya. Jika masih berdegil, si bayi akan menerima padah hasil dari kecuaian anda!
Sumber: http://ohsemmama.com
Post a Comment